Pasangan songsang, siap berpakaian muslimah dicekup di tempat gelap
Agensi
Mac 9, 2019 12:39 MYT
Mac 9, 2019 12:39 MYT
BANDA ACEH: Pihak berkuasa Agama Aceh menahan dua pasangan yang berkelakuan tidak senonoh di tempat gelap.
Lebih mengejutkan, kedua-dua mereka adalah lelaki dengan salah seorang berpakaian ala Muslimah.
Kedua-duanya ditahan ketika didakwa bercumbu di Jalan Rel Kereta Api, Gampong Paya Bujok Blang Paseh, Kecamatan Langsa Kota.
Operasi menangkap pasangan terbabit dibuat selepas menerima aduan penduduk setempat.
Namun, sebelum ditangkap pasangan terbabit sempat melarikan diri sebelum terjatuh semasa dikejar pegawai agama.
ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan songsang disebat di khalayak umum
ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin Malaysia tidak boleh terlibat gaya hidup songsang, luar tabii
ARTIKEL BERKAITAN: Liwat murid, bakal guru dipenjara 14 tahun
Selepas disoal siasat, kedua-duanya mengaku saling mengenali sejak dibangku sekolah, namun pada waktu tersebut 'mak nyah' terbabit masih menjadi lelaki sejati.
"Sebaik ditahan, lelaki itu mendakwa hanya mahu menasihati rakannya supaya kembali menjadi lelaki sejati," kata Ketua Jabatan Syariat Islam (DSI) Langsa, Dr H Ibrahim Latif.
Siasatan juga mendapati 'mak nyah' tersebut menggunakan nama samaran Angel Vannesa, mengambil nama sempena artis Indonesia yang ditangkap kerana terbabit kes pelacuran, Vannesa Angel.
Tahun lalu, pihak berkuasa Aceh menjatuhkan hukuman sebat lebih 80 kali ke atas pasangan gay di khalayak ramai.
Mereka merupakan antara 15 orang yang disebat di luar sebuah masjid di Banda Aceh atas pelbagai jenayah termasuk meminum dan menjual arak dan bercumbu di khalayak ramai.
Aceh satu-satunya wilayah di Indonesia melaksanakan undang-undang Islam. - Agensi
#Islam
#gay
#Indonesia
#jenayah
#siasatan
#operasi
#undang-undang
#pasangan songsang
#pihak berkuasa agama