Pasangan lakukan seks oral di mahkamah tak sedar aksi dirakam CCTV
Agensi
Mac 29, 2018 07:32 MYT
Mac 29, 2018 07:32 MYT
SEORANG wanita yang seronok melakukan seks oral terhadap teman lelakinya iaitu seorang tertuduh yang sedang menunggu keputusan penghakiman di mahkamah di Rusia, tidak sedar mereka sudah menjadi 'bintang' tular.
Pasangan tersebut melakukan perbuatan itu sebaik sahaja hakim keluar dari kamarnya untuk membuat keputusan.
Aksi kedua-dua mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) mahkamah daerah Sovetsky di Rostov-on-Don.
Video berkenaan menunjukkan pasangan itu lengkap berpakaian manakala wanita terbabit dalam kedudukan 'paling intim' untuk melakukan seks oral.
Perbuatan yang dilakukan pasangan berkenaan telah dilihat oleh sekurang-kurangnya tiga saksi.
Mereka kemudiannya menghentikan perbuatan sumbang mereka sebaik sahaja menyedari kehadiran pegawai mahkamah.
Hakim kemudiannya mengasingkan pasangan itu sebelum membuat keputusan bagi kesalahan lelaki tersebut, lapor media tempatan.
Laporan bagaimanapun tidak menyebut pertuduhan yang dihadapi lelaki terbabit namun dia berdepan satu lagi tuduhan menghina mahkamah yang boleh membawa hukuman denda sehingga 80,000 RUB (RM5,397) atau empat bulan penjara.