Pasangan kekasih Singapura dipenjara kerana dera bayi sehingga mati
Agensi
Julai 6, 2016 08:50 MYT
Julai 6, 2016 08:50 MYT
Seorang ibu dari Singapura yang mendera anak lelakinya yang berusia dua tahun, telah dijatahukan hukuman penjara bersama teman lelakinya.
Hakim daerah Bala Reddy dalam penghakimannya anggap tindakan pasangan itu sebagai kejam tanpa belas kasihan sebelum menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun kepada Zaidah yang berusia 41 tahun.
Teman lelakinya, Zaini Jamari, 46, dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan 12 kali.
Dalam pendegaran kes itu, penderaan yang paling teruk berlaku pada 22 November tahun lepas apabila pasangan itu pukul dan tendang kanak-kanak itu kerana enggan makan sarapan pagi.
Mereka pukul dadanya dan memaksa kanak-kanak itu makan cili kering.
Hukuman yang sama berulang pada sebelah malam sebelum kanak-kanak itu tidur, dan beliau ditemui mati pada sebelah pagi.
Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak itu mempunyai 41 kecederaan luar, termasuk lebam di dada dan kaki.
Zaidah mendakwa kanak-kanak itu jatuh di tandas dan terkena kepalanya.
"Apabila kecederaan itu diterangkan kepada anda dan gambar-gambar kecederaan yang begitu teruk ditunjukkan kepada anda yang berada di kandang tertuduh, anda melihat sambil lewa dan tidak menunjukkan sebarang penyesalan atau kesedihan terhadap budak itu yang sudah mati.
"Tingkah laku kamu untuk mendisiplinkan seorang budak berusia dua tahun dengan keganasan melampau membawa kepada kematiannya mendedahkan kekejaman yang tidak masuk akal yang mesti dihukum dengan hukuman yang setimpal," kata Reddy kepada pasangan itu ketika penghakiman.
Kes ini mencetuskan kemarahan rakyat Singapura, dimana kes dera kanak-kanak di negara itu semakin meningkat.
Lebih dari 550 kes dera kanak-kanak yang serius telah disiasat oleh Kementerian Hal Ehwal Sosial tahun lepas – peningkatan 40 peratus berbanding tiga tahun sebelumnya.