Pasangan kanibal bunuh, perap 30 mangsa untuk dijamah
Agensi
Mac 3, 2019 07:30 MYT
Mac 3, 2019 07:30 MYT
MAHKAMAH Daerah Prikubansky, di Rusia menjatuhi hukuman penjara 10 tahun ke atas pasangan suami isteri Natalia Baksheeva, 42, dan Dmitry Baksheeva, 35, kerana membunuh dan memakan seorang pelayan wanita dan 30 mangsa yang lain.
Mayat mangsa yang berusia 35 tahun itu ditemui dalam keadaan telah diperap untuk dimakan.
Siasatan mendapati Natalia cemburu lantas memaksa suaminya membunuh wanita itu. Selepas membunuh mangsa, Dmitry mengerat dan berswafoto dengan mayat mangsa.
Rahsia ini terbongkar apabila Dmitry kehilangan telefon bimbitnya yang kemudian dijumpai seorang pekerja pada September 2017.
Pasangan itu juga disyaki telah membunuh lebih 30 mangsa dan memakan daging mangsa sejak 11 tahun dulu.
Dalam satu kenyataan dalam kes mahkamah, Natalia mengaku menyuruh suaminya membekukan mangsa termasuk pelayan wanita berkenaan.
Laporan media sebelum ini yang memetik sumber penguatkuasa undang-undang, menyatakan bahawa pasangan itu telah membunuh dan memakan 30 orang mangsa yang berusia 18 tahun serta turut menyimpan daging anjing dan kucing.
Mereka dikatakan mencari mangsa di laman temu janji dan menjual daging di akademi tentera di mana mereka tinggal.
Kes mahkamah terhadap Baksheeva di Rusia setakat ini mempunyai bukti kukuh apabila pihak berkuasa menemui sisa daging mangsa pelayan yang disembelihnya, di dalam kuali dan peti sejuk dapur mereka.
Mereka ditahan pada Oktober 2017.