Sepasang suami isteri didakwa membunuh anak gadis mereka dengan mencurah asid ke atasnya selepas melihat remaja itu berbual dengan seorang pemuda.

Kejadian berlaku di Muzzafarabad, Pakistan.

Polis berkata, Mohammad Zafar mengesyaki anak perempuannya, Anvu Sha yang berusia 15 tahun mempunyai hubungan dengan seorang pemuda.

Disebabkan marah, Mohammad bertindak memukul anaknya sebelum mencurahkan asid ke atas mangsa sambil dibantu isterinya.

Gadis malang itu meninggal dunia di hospital selepas mengalami lecur teruk di seluruh badannya.