Parti Thai Raksa Chart serah petisyen, pertahankan parti
Astro Awani
Februari 14, 2019 09:15 MYT
Februari 14, 2019 09:15 MYT
Parti Thai Raksa Chart kini sedang bergelut untuk mempertahankan penubuhannya.
Surat petisyen telah dihantar kepada Mahkamah Perlembagaan sebagai tindakan susulan selepas mahkamah itu mengesahkan menerima cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membubarkan parti itu.
Ketuanya, Preechaphol Pongpanit berkata pada Rabu, pihaknya bingung berhubung dakwaan yang akan dikenakan terhadap parti itu.
Menurutnya, mereka akan mendapatkan penjelasan dari mahkamah supaya boleh lebih bersedia.
Mahkamah Perlembagaan dijadual bermesyuarat pada Khamis untuk memutuskan sama ada hendak menerima atau tidak petisyen itu.
Suruhanjaya mahu parti tersebut dibubarkan kerana ia dianggap berlaku kejam terhadap sistem monarki perlembagaan Thailand dengan mencalonkan Puteri Ubolratana, iaitu kakak Raja Thailand.
Parti Thai Raksa Chart, yang rapat dengan bekas perdana menteri Thaksin Shinawat, adalah salah satu yang akan bertanding pada pilihan raya umum 24 Mac ini.
#bubar
#mahkamah
#Perdana Menteri
#petisyen
#pilihan raya umum
#Preechaphol Pongpanit
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Thai Raksa Chart
#Thailand