Parti pemerintah menang pilihan raya umum Bangladesh

Astro Awani
Januari 6, 2014 20:20 MYT
Parti pemerintah Liga Awami telah memenangi pilihan raya umum di Bangladesh.
Pilihanraya itu telah dicemari oleh keganasan, di mana sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh pada hari mengundi sahaja.
Di kesemua lapan dewan undangan negeri, Liga Awami telah menang 105 daripada 167 kerusi yang dipertandingkan.
Bakinya dimenangi oleh calon atau parti bebas.
Keputusan pilihan raya jelas bahawa Perdana Menteri Sheikh Hasina tidak mempunyai masalah untuk membentuk kerajaan baru.
Parti pembangkang, parti Nasionalis Bangladesh (BNP) pula memboikot proses itu dan mengetuai mogok 48 jam bermula Sabtu selepas pemimpinnya Khaleda Zia mendakwa pilihan raya kali ini penuh skandal dan penipuan.
BNP juga mahu keputusan pilihan raya diumum tidak sah dan mengancam siri baru mogok 48 jam bermula Isnin.
Sheikh Hasina menolak desakan pembangkang supaya beliau meletak jawatan sebaliknya menubuhkan badan berkecuali bagi memantau proses pilihan raya.
Jumlah mereka yang keluar mengundi sangat rendah iaitu sekitar 20 peratus berbanding lebih 70 peratus pada 2008.
Keganasan masih tercetus semasa keputusan awal diumumkan dengan pembakaran sebuah sekolah dan pergaduhan yang membabitkan aktivis pembangkang dan pihak polis.
#BNP #Liga Awami #parti Nasionalis Bangladesh #pilihan raya Bangladesh
;