Parti Konservatif diramal menang dalam pilihan raya tempatan Sepanyol
Bernama
Mei 29, 2023 18:59 MYT
Mei 29, 2023 18:59 MYT
MADRID: Parti pembangkang utama di Sepanyol diramal bakal meraih kemenangan dalam pilihan raya serantau dan tempatan yang diadakan pada Ahad, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman.
Pilihan raya kali ini menjadi medan ujian buat Parti Rakyat (PP) yang mewakili konservatif untuk menggantikan Perdana Menteri dari sayap kiri Pedro Sanchez.
"Kami optimis pengiraan undi akan memberikan gambaran yang baik," kata penyelaras umum PP Elias Bendodo selepas ramalan tidak rasmi dikeluarkan.
Bagaimanapun, mengikut angka itu, PP hanya boleh mengharapkan majoriti mutlak di Parlimen serantau dalam Komuniti Autonomi Madrid.
Di Komuniti Autonomi Madrid, ketuanya Isabel Diaz Ayuso (PP), boleh memerintah jika memperoleh 70 hingga 72 kerusi.
-- BERNAMA