Parti Canselor Angela Merkel mula kempen pilihan raya secara rasmi

Astro Awani
Ogos 21, 2021 06:13 MYT
CDU yang kini dipimpin Armin Laschet berharap dapat terus mentadbir negara selepas Merkel umum mahu mengundur diri. - Reuters
BERLIN: Parti Canselor Jerman, Angela Merkel memulakan kempen pilihan raya secara rasmi.
Parti Kristian Demokrat (CDU) yang kini dipimpin Armin Laschet berharap dapat terus mentadbir negara selepas Merkel umum mahu mengundur diri.
Pilihan raya umum akan berlangsung 26 September depan.
Merkel memegang tampuk kuasa selama 16 tahun.
Namun pada 2018 beliau umum tidak akan lagi bertanding untuk melanjutkan penggal pemerintahannya.
"Pilihan raya ini sangat istimewa. Ini adalah pilihan raya pertama sejak 1949 yang menyaksikan Canselor tidak akan bertanding untuk melanjutkan penggal pemerintahannya.
"Ini bermakna ia boleh menukar haluan negara keseluruhannya," kata Merkel.
Kempen pilihan raya ini berlangsung ketika peratus keyakinan terhadap CDU semakin merosot.
CDU hanya kumpul 32.9 peratus dalam pilihan raya 2017.
Sementara itu, seteru Laschet dari Parti Sosial Demokratik, Olaf Scholz, semakin mendapat sokongan.
Scholz kini merupakan Timbalan Canselor dalam kerajaan perpaduan dipimpin Merkel.
#Angela Merkel #pilihan raya #Parti Canselor #Jerman #Armin Laschet #pilihan raya umum #Parti Kristian Demokrat #CDU
;