Parti Brexit minta anggota Parlimen tolak perjanjian Johnson

Astro Awani
Oktober 19, 2019 08:23 MYT
Saya harap Ahli Parlimen tidak akan tertipu untuk kali keempat, kata Farage. REUTERS/Gambar Fail
Pemimpin Parti Brexit, Nigel Farage, meminta ahli Parlimen Britain supaya menolak perjanjian Brexit yang diusahakan Perdana Menteri Boris Johnson.
Katanya, perjanjian tersebut tidak berbaloi untuk disokong.
"Boris Johnson mendakwa ia satu perjanjian baru yang hebat. Tetapi ia tidak hebat pun, atas sebab yang saya akan katakan ini.
"Ia bukan perjanjian baru kerana 95 peratus daripadanya adalah hampir sama dengan apa yang dibentangkan di Dewan sebelum ini (oleh bekas perdana menteri Theresa May), dan ditolak sebanyak tiga kali.
"Memang ada penambahbaikan. Tetapi hanya sedikit sahaja. Saya harap Ahli Parlimen tidak akan tertipu untuk kali keempat," katanya.
Farage merupakan salah seorang pemimpin kempen anti-Kesatua Eropah ketika referendum Brexit pada 2016.
Parti itu bagaimanapun tiada wakil dalam Parlimen Britain.
Parti Brexit adalah parti euroskeptik di United Kingdom.
Ia aktif sejak Januari dan mempunyai 29 wakil dalam Parlimen Eropah
#Boris Johnson #Brexit #Britain #British #nigel farage #Parlimen #perjanjian #Referendum #Theresa May #United Kingdom
;