Parti Angela Merkel kalah dalam dua pilihan raya negeri
Astro Awani
Mac 14, 2021 07:28 MYT
Mac 14, 2021 07:28 MYT
PARTI berhaluan kanan Canselor Angela Merkel kalah dalam dua pilihan raya negeri di tangan parti kiri pimpinan gabenor.
Kekalahan itu menunjukkan siapa yang bakal menggantikan pemimpin lama negara itu dalam pilihan raya nasional enam bulan dari sekarang.
Pilihan raya negeri pada Ahad menyaksikan Baden-Wuerttemberg dan Rhineland-Palatinate memulakan maraton pilihan raya sebelum pilihan raya nasional pada 26 Sept ini.
Undi nasional akan menentukan siapa yang menggantikan Merkel.
Dengan peningkatan kes COVID-19 dan lanjutan sekatan, blok Christian Democratic Union Merkel dilanda tuduhan dua penggubal undang-undangnya mendapat keuntungan daripada perjanjian pelitup muka ketika awal pandemik.
Unjuran tinjauan yang dilakukan media tempatan mendapati, jumlah undi parti gabenor dalam pilihan raya negeri mendahului Merkel sehingga 9 peratus.