Parlimen Thailand kemuka cadangan pinda Perlembagaan

Astro Awani
November 17, 2020 06:30 MYT
Parlimen Thailand dijangka menubuhkan jawatankuasa khusus untuk menggubal satu bab baharu dalam Perlembagaan. - REUTERS
BANGKOK: Parlimen Thailand mengemukakan cadangan untuk meminda Perlembagaan.
Penggubal undang-undang memulakan proses pendengaran bagi tujuh draf pindaan Perlembagaan yang dijadual untuk undian dalam sesi selama dua hari.
Pindaan itu melibatkan Senat dan Dewan Perwakilan.
Parlimen dijangka menubuhkan jawatankuasa khusus untuk menggubal satu bab baharu dalam Perlembagaan.
Ini memberi peluang kepada kerajaan untuk mencapai kesepakatan dengan tuntutan penunjuk perasaan.
Dalam masa sama, ia memberi masa apabila jawatankuasa itu dijangka melambatkan proses pindaan.
Sesi Parlimen tersebut dilihat sebagai usaha kerajaan Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha untuk meredakan ketidakstabilan akibat gerakan demokrasi itu.
Dalam perkembangan sama, penunjuk perasaan berjaya melepasi sekatan dan menghampiri bangunan Parlimen pada Selasa.
Namun tindakan mereka dihalang pasukan polis antirusuhan yang bertindak menyembur gas pemedih mata.
#Bangkok #Parlimen #gas pemedih mata #Prayuth Chan-o-cha #polis #Penunjuk perasaan #Dewan Perwakilan
;