Parlimen Sweden lulus usul sertai NATO

Bernama
Mac 23, 2023 17:10 MYT
Sweden dan Finland mengemukakan permohonan untuk menyertai NATO pada Mei lepas.
STOCKHOLM: Parlimen Sweden pada Rabu meluluskan usul untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Sejumlah 269 menyokong, 37 menentang, 43 ahli parlimen tidak hadir manakala dua daripada lapan parti di Parlimen (Riksdag) -- Left Party dan Green Party -- mengundi menentang usul berkenaan.
Hungary dan Turkiye merupakan dua negara terakhir daripada 30 ahli NATO yang belum meratifikasi penyertaan Sweden dan Finland dalam pakatan tentera itu, lapor Xinhua.
Sweden dan Finland mengemukakan permohonan untuk menyertai NATO pada Mei lepas.
-- BERNAMA
#NATO #Parlimen #Sweden #Turkiye
;