Parlimen Pakistan akan pilih Perdana Menteri pada 3 Mac
Bernama
Mac 3, 2024 15:56 MYT
Mac 3, 2024 15:56 MYT
MOSCOW: Dewan Rakyat Pakistan dijangka memilih perdana menteri baharu negara itu pada Ahad, lapor Sputnik.
Calon untuk jawatan itu terdiri daripada Presiden Parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Muhammad Shehbaz Sharif dan Setiausaha Agung Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan, Omar Ayub Khan.
Omar Ayub Khan memenangi pilihan raya sebagai calon bebas.
Ahli Parlimen yang baru dilantik mengangkat sumpah pada sidang pertama Parlimen ke-16 pada Khamis lepas.
-- BERNAMA