Parlimen Kuwait sekali lagi dibubarkan menerusi dekri diraja

Bernama
Mei 2, 2023 03:50 MYT
Pada Mac, Mahkamah Perlembagaan Kuwait membatalkan pilihan raya parlimen yang diadakan pada tahun lalu dan mengembalikan semula kerajaan sebelum ini. - Foto Sinar Harian/Agensi
ISTANBUL: Parlimen Kuwait sekali lagi dibubarkan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu, memetik Agensi Berita KUNA.
Dekri Diraja mengenai pembubaran parlimen itu diluluskan selepas mesyuarat Kabinet.
Pada Mac, Mahkamah Perlembagaan Kuwait membatalkan pilihan raya parlimen yang diadakan pada tahun lalu dan mengembalikan semula kerajaan sebelum ini.
Pada pilihan raya September 2022, pihak pembangkang memenangi 28 kerusi daripada 50 kerusi Parlimen.
Tetapi mahkamah memutuskan bahawa pilihan raya itu tidak sah.
Sebelum ini, pada 2022 parlimen negara ini dibubarkan menerusi dekri Putera Mahkota Sheikh Meshal al-Ahmad al-Jaber al-Sabah, di tengah-tengah pertikaian antara kerajaan dan parlimen.
-- BERNAMA
#bubar parlimen #dekri diraja #Pilihan Raya Parlimen #Parlimen Kuwait