Parlimen Indonesia lulus rang undang-undang data peribadi

Bernama
September 20, 2022 23:41 MYT
Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia meluluskan rang undang-undang data peribadi pada Selasa. - Gambar hiasan/REUTERS
JAKARTA: Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia meluluskan rang undang-undang data peribadi pada Selasa, kata Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Johnny G. Plate selepas sesi pleno untuk menggubal undang-undang baharu itu.
Menteri itu berkata rang undang-undang itu, yang dicadangkan pada 2016, akan mengukuhkan kepercayaan dan mengiktiraf kepimpinan Indonesia dalam tadbir urus data global, lapor Xinhua.
"Daripada perspektif kerajaan, undang-undang perlindungan data itu akan mengukuhkan peranan dan kuasa kerajaan dalam menguatkuasakan serta memantau pematuhan dan obligasi semua pengendali data," kata Plate.
-- BERNAMA
#Parlimen Indonesia #Rang Undang-Undang #data peribadi #Johnny G Plate #Komunikasi dan Teknologi Maklumat
;