Parlimen Greece dibubarkan, pilihan raya pada 21 Mei
Bernama
April 23, 2023 10:46 MYT
April 23, 2023 10:46 MYT
ATHENS: Presiden Greece, Katerina Sakellaropoulou pada Sabtu menandatangani dekri untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan pada 21 Mei, lapor Sputnik.
Terdahulu, Sakellaropoulou mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis.
"Parlimen baharu dijadual dibentuk pada 1 Jun 2023, pada Khamis...," memetik dokumen Warta Rasmi Kerajaan.
Selain itu, Calliope Spanou dilantik sebagai pemangku menteri dalam negeri dan akan mengangkat sumpah pada Ahad.
Beliau akan bertanggungjawab untuk melaksanakan pilihan raya Parlimen.
-- BERNAMA
#Parlimen Greece
#pilihan raya Greece
#Presiden Katerina Sakellaropoulou
#Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis