Parlimen Georgia 'hangat' ketika perbahasan akta kontroversi
Astro Awani
Mac 4, 2023 09:30 MYT
Mac 4, 2023 09:30 MYT
Media tempatan menyiarkan rakaman yang menunjukkan terjadinya pergaduhan antara Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan. - Foto Astro AWANI
PERBALAHAN tercetus di Parlimen Georgia di Tbilisi ketika sesi perbahasan undang-undang baharu mengenai pembiayaan saluran media sedang berlangsung.
Media tempatan menyiarkan rakaman yang menunjukkan terjadi pergaduhan fizikal antara Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan di bawah parti pemerintah Georgian Dream, yang mengumumkan bulan lalu bahawa ia akan menyokong rang undang-undang itu.
Penunjuk perasaan dalam masa sama turut berkumpul di luar Parlimen bagi membantah akta yang menghendaki organisasi media dan pertubuhan bukan kerajaan yang menerima lebih dari 20 peratus pembiayaan dari sumber luar, untuk didaftarkan sebagai 'ejen asing'.
Organisasi antarabangsa dalam masa sama turut mengkritik usul undang-undang berkenaan yang dilihat bercanggah dengan demokrasi negara itu.
Seramai 36 penunjuk perasaan ditahan kerana terlibat dengan protes di luar bangunan Parlimen itu.
Sesi Parlimen Georgia turut tertangguh selepas tercetusnya protes itu.