Parlimen China lulus undang-undang keselamatan nasional Hong Kong

Astro Awani
Jun 30, 2020 09:51 MYT
Beijing memperkenalkan undang-undang tersebut sebagai tindak balas terhadap tunjuk perasaan pro-demokrasi yang sering berlaku tahun lalu. -Reuters
Parlimen China meluluskan undang-undang keselamatan nasional untuk Hong Kong, pada Selasa.
Agensi berita Reuters yang memetik stesen televisyen China melaporkan tindakan itu dianggap tahap perubahan paling radikal terhadap wilayah bekas jajahan Britain itu sejak dikembalikan kepada China pada 1997.
Undang-undang itu diluluskan sebulat suara oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Nasional China.
Beijing memperkenalkan undang-undang tersebut sebagai tindak balas terhadap tunjuk perasaan pro-demokrasi yang sering berlaku tahun lalu.
Undang-undang itu dikatakan akan menangani penindasan, keganasan, pemisahan dan kerjasama dengan kuasa asing.
Perundangan itu akan mula dikuatkuasakan sebaik sahaja diwartakan di Hong Kong, namun masih belum diterbitkan.
Kelulusan Undang-undang itu dijangka akan membangkitkan kemarahan Amerika Syarikat (AS) yang memberikan hak perdagangan istimewa kepada Hong Kong.
AS sebelum ini memberi amaran sekiranya undang-undang itu dikuatkuasakan, Hong Kong akan hilang keistimewaan perdagangan dengannya.
Ini kerana keistimewaan yang diberikan itu akan memberi kelebihan kepada China.
#Amerika Syarikat #China #Hong Kong #Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Nasional China #Parlimen China #undang-undang keselamatan nasional
;