Parlimen China lantik semula Xi Jinping sebagai presiden
Agensi
Mac 17, 2018 15:58 MYT
Mac 17, 2018 15:58 MYT
Parlimen China pada Sabtu mengundi sebulat suara melantik semula presiden negara itu Xi Jinping ke jawatannya.
Proses pengundi berlangsung di bangunan Great Hall of the People di tengah bandaraya Beijing dengan disaksikan wartawan.
Dewan itu sarat dengan para delegasi yang setia kepada Parti Komunis.
Pemilihan semula Xi tidak langsung menjadi persoalan. Ahad lalu parlimen yang sama mengundi untuk meminda perlembagaan negara itu yang membatalkan had masa untuk seorang presiden.
Ia membolehkan Xi kekal berkuasa sehingga satu tempoh yang tidak dihadkan.