Parlimen Arab kecam sekatan bantuan Israel ke Gaza

Bernama
Mac 3, 2025 13:16 MYT
Parlimen Arab berkata, tindakan Israel itu melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta perjanjian antarabangsa yang menjamin bantuan dapat disalurkan kepada orang awam semasa konflik. - Gambar/ Reuters
KAHERAH: Parlimen Arab mengecam keputusan kerajaan Israel untuk menghentikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, menyifatkannya sebagai jenayah perang terhadap kemanusiaan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Parlimen Arab dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad menegaskan bahawa tindakan Israel itu melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta perjanjian antarabangsa yang menjamin bantuan dapat disalurkan kepada orang awam semasa konflik.
Parlimen turut menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), untuk mengambil tindakan segera bagi memaksa Israel membenarkan bantuan memasuki Gaza tanpa sebarang syarat.
Ia turut memberi amaran bahawa Israel membahayakan nyawa orang awam dengan menggunakan kebuluran sebagai senjata, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan.
-- BERNAMA
#Gaza #kekejaman israel #sekatan bantuan #Arab
;