Park Geun Hye disoal siasat lebih 14 jam
Agensi
Mac 22, 2017 15:07 MYT
Mac 22, 2017 15:07 MYT
Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun Hye disoal siasat selama lebih 14 jam di pejabat Pendakwa Raya berhubung skandal rasuah melibatkan golongan berpengaruh.
Geun Hye bagaimanapun menafikan segala tuduhan sepanjang soal siasat berkenaan.
Geun Hye yang berdepan 13 pertuduhan hanya meninggalkan pejabat pendakwaraya tengah malam Rabu.
Dalam proses soal siasat, pihak pendakwaan memberi tumpuan kepada penglibatan Geun Hye dalam rasuah, salah guna kuasa dan membocorkan rahsia negara.
Geun Hye belum didakwa tetapi boleh dikenakan 10 tahun penjara jika sabit kesalahan.
Presiden wanita pertama Korea Selatan itu dipecat daripada jawatannya awal bulan ini.
Pemecatan beliau sekaligus mencetuskan pilihan raya presiden baharu yang bakal diadakan 9 Mei depan.