Paris tarik balik gelaran kehormat Suu Kyi

Agensi
November 30, 2018 05:55 MYT
Beberapa gelaran dan anugerah yang diberikan kepada Suu Kyi sebelum ini sudah ditarik balik. - Gambar fail
Gelaran kehormat berkaitan kebebasan yang diterima oleh pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi daripada Paris bakal ditarik balik lantaran kegagalannya menangani isu pelarian Rohingya di negeri Rakhine.
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berkata, keputusan itu dibuat kerana siri pelanggaran hak asasi manusia terus berlaku di Myanmar, selain kekerasan dan penganiayaan yang melibatkan pasukan tentera negara itu, lapor AFP.
Sebelum ini, tindakan menarik balik anugerah penghormatan seumpamanya telah dilakukan oleh Glasgow, Edinburgh, dan juga Oxford.
Penarikan semula gelaran penghormatan tersebut kini menunggu keputusan dari Dewan Bandar Raya Paris yang akan mengadakan pertemuan untuk membincangkan hal itu pada pertengahan Disember.
Jika itu terjadi, Suu Kyi bakal menjadi orang pertama yang ditarik gelaran berkenaan daripada bandar raya Paris.
#Aung San Suu Kyi #gelaran penghormatan #Paris #pemimpin myanmar
;