Paris guna aplikasi terjemahan AI untuk pelawat Olimpik

Agensi
Februari 4, 2024 09:00 MYT
AI akan bantu terjemah bahasa Perancis ke 16 bahasa lain termasuk Mandarin, Arab dan Korea pada sistem pengangkutan awam bandar itu.
PARIS: Kotaraya Paris yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada musim panas ini, sistem pengangutan awam bandar ini yang dikenali sebagai RATP bakal memberi kemudahan kepada pengunjung antarabangsa dengan menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI).
Peranti Tradivia itu akan menterjemah bahasa Perancis ke 16 bahasa lain termasuk Mandarin, Arab dan Korea dengan teks dipaparkan pada skrin serta dibaca dengan kuat.
RATP akan menyediakan lebih 3,000 ejen dengan peranti ini, sedia membantu semua pelawat antarabangsa.
Jurucakap RATP, Gregoire de Lasteyrie berkata, matlamat pengendali sistem pengangkutan awam Perancis, Ile-de-France Mobilite adalah untuk memastikan pengunjung antarabangsa melalui pengalaman mengembara dalam keadaan yang terbaik.
“Oleh itu, dapat bercakap dengan mereka dalam sebanyak mungkin bahasa dan membantu mereka mencari jalan di Paris adalah sangat penting,” katanya.
Sementara itu, seorang pekerja Metro, Raphael Gassette berkata, penggunaan peranti itu akan membuatkan petugas-petugas perkhidmatan pengangkutan awam lebih yakin untuk berurusan dengan orang ramai.
"Kami tidak lagi mempunyai ketakutan untuk berfikir. 'Kami tidak akan memahami satu sama lain.' Di sini, kami tahu serta-merta, berkenaan dengan bahasa untuk menekan terus pada 'Hindi' dan serta-merta mempunyai maklumat yang jelas, lebih tepat, dan kami yakin apabila pelawat meninggalkan negara ini, mereka tentu sekali berpuas hati dengan perkhidmatan kami."
Perkhidmatan terjemahan bahasa itu akan kekal di Paris selepas temasya sukan terbesar dunia itu berakhir.
Sukan Olimpik Paris akan diadakan dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan. - Agensi
#Sukan Olimpik Paris #kecerdasan buatan #AI #RATP
;