Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan

Bernama
Januari 21, 2025 15:15 MYT
Beberapa kebakaran hutan berlaku di California pada 7 Jan, mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.- Gambar fail/Reuters
MOSCOW: Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik The New York Times pada Isnin.
Beberapa kebakaran hutan berlaku di California pada 7 Jan, mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang, memaksa puluhan ribu penduduk dipindahkan dan memusnahkan lebih 12,300 bangunan termasuk kediaman selebriti.
Menurut anggaran perkhidmatan ramalan cuaca Amerika Syarikat, AccuWeather, kerosakan dan kerugian ekonomi akibat kebakaran hutan itu mungkin mencecah antara AS$250 bilion hingga AS$275 bilion.
-- BERNAMA
#paras plumbum #kebakaran Los Angeles #paras klorin #melebihi norma
;