Paras laut global meningkat lebih dua kali ganda
Astro Awani
April 22, 2023 09:20 MYT
April 22, 2023 09:20 MYT
PARAS air laut global meningkat lebih dua kali ganda berbanding paras sebelum ini dalam kajian yang dilakukan antara tahun 1993 hingga 2002.
Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia, paras air laut juga mencatatkan rekod tertinggi tahun lalu dan memberi amaran bahawa trend berkenaan akan berterusan untuk ribuan tahun akan datang.
Pencairan glasier juga menyumbang kepada paras haba lautan yang menyembabkan air mengembang.
Ia menyumbang kepada kenaikan purata paras laut sebanyak 4.62 milimeter setahun antara tahun 2013 hingga 2022.
Jelas agensi PBB itu, ia adalah dua kali ganda berbanding tempoh sebelum ini yang membawa kepada jumlah peningkatan lebih 10 sentimeter sejak awal 1990-an.
Paras gas rumah hijau yang tinggi menjadi faktor utama kecairan dan peningkatan air laut.
Peningkatan paras laut ini mengancam beberapa bandar di pantai.
Laporan tahunan yang dikeluarkan sehari sebelum hari bumi ini menunjukkan bahawa bongkah ais di Antartika juga surut ke paras terendah pada Jun dan Julai lalu.