ANKARA: Pihak berkuasa Papua New Guinea pada Selasa membatalkan penerbangan dan menutup lapangan terbang Hoskins buat sementara waktu, sehari selepas Gunung Ulawun meletus.
Dalam notis yang disiarkan di Facebook, National Airports Corporation of the Pacific berkata keputusan itu diambil untuk memastikan keselamatan penumpang serta operasi pesawat.
Bagaimanapun tiada butiran lanjut mengenai bilangan penerbangan yang dibatalkan susulan letusan gunung berapi Ulawun di wilayah terpencil West New Britain pada Isnin malam, lapor Agensi Anadolu.
Sementara itu, pihak berkuasa sedang bersiap sedia untuk memindahkan penduduk ke kawasan selamat.
Agensi Meteorologi Jepun berkata letusan itu mengeluarkan asap setinggi 50,000 kaki (hampir 15,200 meter) dan pihaknya sedang memantau keadaan untuk memastikan sama ada negara ini berisiko dilanda tsunami.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023

Agensi Meteorologi Jepun berkata letusan itu mengeluarkan asap setinggi 50,000 kaki (hampir 15,200 meter). - AP

Usahawan Digital TM perkasa lebih 2,000 usahawan B40
Purata RM5,000 bagi setiap usahawan disampaikan dalam bentuk peranti, penyelesaian digital dan sumber latihan.

Unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik kepada 4.5 peratus pada 2025, 4.0 peratus pada 2026 - IMF
Menurut IMF, unjuran pada 2025 adalah 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran rujukan dalam WEO April 2025.
Naskhah terjemahan mampu tampung karya agung dunia
Sejarawan dan penterjemah Rusia, Dr. Victor Pogadaev melihat usaha menerbitkan naskhah terjemahan dalam sebarang bahasa sastera, tanpa terkecuali bahasa Melayu mampu menjadikan bahasa berkenaan menampung karya agung dunia.
Lebih ramai warga Rusia minat Bahasa Melayu
Ratusan warga Rusia yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia semakin meminati Bahasa Melayu didorong kejayaan beberapa acara yang dianjurkan oleh Rumah Rusia di Jalan Ampang.
Isu tribunal hak asasi, TMM 2026 dan tenaga nuklear tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat hari ini fokus kepada status tribunal hak asasi, promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, dan kesiapsiagaan negara meneroka tenaga nuklear.
IMF naikkan unjuran pertumbuhan global & AS bagi 2025, 2026
IMF jangka pertumbuhan ekonomi global lebih tinggi hingga 2026, dipacu rangsangan fiskal dan tarif lebih rendah. AS diramal terus berkembang meski tekanan inflasi kekal.

19 terbunuh dalam serangan udara Rusia ke atas penjara, hospital di Ukraine
Serangan turut mengorbankan seorang wanita hamil berusia 23 tahun dan dua individu lain.
Guru Besar maut, warga emas dihempap pokok di Bera
Dua kematian dilaporkan di Bera — seorang guru besar maut dalam kemalangan jalan raya, manakala warga emas dihempap pokok ketika menunggang motosikal.
KPDN peruntuk RM3.3 juta di Pos Brooke & Kuala Betis untuk penyelarasan harga
Masalah harga barangan keperluan asas yang tinggi di kawasan perkampungan orang asli diberi perhatian apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan lebih RM3.3 juta bagi program pengedaran barang perlu di dua kawasan masyarakat orang asli di Pos Brooke dan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan
Korban genosid Gaza cecah 60,000, serangan Israel berterusan
Lebih 60,000 rakyat Palestin terkorban sejak serangan Israel bermula Oktober 2023. Angka korban terus meningkat meskipun usaha bantuan dan gencatan senjata gagal dilaksana.

Gempa bumi magnitud 6.4 gegar wilayah Kamchatka
Gempa berlaku pada kedalaman 28 kilometer, menjadikannya tergolong sebagai gempa cetek yang berpotensi menyebabkan gegaran kuat di permukaan.

Indonesia seru langkah selamat selepas kematian pelancong di Rinjani
Kementerian Pelancongan Indonesia menggesa pengunjung Taman Negara Gunung Rinjani supaya hanya menggunakan pengendali berlesen dan pemandu bertauliah ketika menjalankan aktiviti lasak seperti mendaki.

Letusan gunung berapi di Guatemala, lebih 500 orang dipindahkan
Gunung Berapi Volcan de Fuego atau Fire Volcano di Guatemala memuntahkan abu dan lava, memaksa lebih 500 orang dipindahkan setakat ini.

Gunung Etna meletus, asap tebal membumbung ke udara
Letusan ini berlaku selepas peningkatan aktiviti seismik yang dikesan pada malam sebelumnya.

Pihak berkuasa Filipina pantau peningkatan aktiviti Gunung Berapi Kanlaon
Sebanyak 72 gempa bumi gunung berapi direkodkan antara tengah malam hingga tengah hari Isnin, dengan magnitud antara 0.3 dan 3.1.

Nurzhafarina raih Anugerah Whitley atas usaha lindungi gajah Borneo
Dr Nurzhafarina, dinobatkan penerima Anugerah Whitley 2025 yang berprestij oleh WFN yang berpangkalan di United Kingdom, sebagai pengiktirafan terhadap usaha gigihnya melindungi spesies gajah Borneo.

Gunung Bulusan meletus, Filipina naikkan tahap amaran
Pihak berkuasa Filipina menaikkan tahap amaran untuk Gunung Bulusan selepas gunung berapi itu memuntahkan asap tebal ke udara pada Isnin.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan
Letusan itu menghamburkan debu setinggi 3,500 meter ke udara, dengan kepulan awan tebal berwarna kelabu.

Filipina gantung aktiviti pelancongan berhampiran Gunung Kanlaon
Orang ramai digesa sentiasa berwaspada dan mematuhi nasihat rasmi berikutan keadaan gunung berapi yang masih tidak stabil.

Jepun keluarkan amaran gunung berapi di Kyushu
Orang ramai dinasihat agar menjauhi kawasan tersebut kerana letusan berpotensi berlaku pada bila-bila masa.