Paparan kapal Titanic tidak pernah dilihat dikongsi
Astro Awani
Februari 18, 2023 08:20 MYT
Februari 18, 2023 08:20 MYT
CONNECTICUT: Paparan berkenaan kapal persiaran mewah Titanic yang karam pada 1986 dan tidak pernah dilihat dikongsikan oleh Woods Hole Oceanographic Institution (WHOI).
Paparan 80 minit dikongsikan menerusi YouTube institusi tersebut yang mengisahkan beberapa pencapaian luar biasa dalam ekspedisi yang diketuai oleh Robert Ballard.
Ekspedisi itu buat pertama kalinya menyaksikan serpihan kapal gergasi itu sejak ia melanggar ketulan ais besar di lautan Atlantik sebelum tenggelam kira-kira 2 jam selepas itu.
"Kami masuk di bahagian kanan rasuk jambatan. Dan perkara pertama yang saya lihat keluar dari kesuraman pada 30 kaki adalah dinding ini.
"Dinding gergasi keluli terpaku ini yang naik lebih 100 kaki di atas kami. Saya tidak pernah memandang rendah pada Titanic. Tiada apa yang kecil," kata Ballard.
Kapal RMS Titanic tenggelam ketika dalam perjalanan dari Southampton, England ke New York, di lautan Atlantik.
Seramai 1,517 penumpang dan anak kapal menjadi korban tragedi kapal seliaan White Star Line itu.
Masalah teknikal serta kawasan pencarian yang luas di Atlantik Utara menjadikannya mustahil untuk mengesan bangkai kapal.
Menjelang 1985, WHOI membangunkan teknologi pengimejan baharu, termasuk Argo, sebuah kereta luncur kamera yang ditarik dari kapal penyelidikan Knorr dan merakam gambar pertama kapal itu di bawah lebih daripada 12,400 kaki air.
Rakaman itu dikeluarkan untuk menandakan debut ulang tahun ke-25 filem yang memenangi Anugerah Akademi, 'Titanic'.
Ballard berkata bahawa dia terkejut dengan saiz kapal yang besar, suasana menyeramkan serta melihat sendiri kasut-kasut mangsa yang terkorban dalam tragedi itu.