Papan tanda Olimpik Tokyo dialih bagi tujuan penyelenggaraan

Agensi
Ogos 6, 2020 05:24 MYT
Papan tanda tesebut diletakkan di Odaiba Marine Park sejak awal tahun ini, dan ia merupakan venue bagi acara triathlon dan renang. Foto: AP
Papan tanda simbolik Olimpik Tokyo 2020 dialihkan di Tokyo Bay pada Khamis bagi tujuan penyelenggaraan.
Menurut pihak berkuasa, papan tanda yang sudah dibaik pulih akan dikembalikan menjelang penganjuran temasya sukan itu tahun hadapan.
Papan tanda tesebut diletakkan di Odaiba Marine Park sejak awal tahun ini, dan ia merupakan venue bagi acara triathlon dan renang.
Untuk rekod, papan tanda tersebut berukuran 15.3 meter tinggi dan 32.6 meter panjang.
Sebelum ini, penganjuran temasya sukan itu ditangguh pada tahun hadapan susulan penularan pandemik COVID-19 dan ia dijadualkan berlangsung pada 23 Julai 2021.
Manakala sukan Paralimpik akan bermula pada 24 Ogos 2021.
#COVID-19 #koronavirus #Odaiba Marine Park #Olimpik #pandemik #papan tanda simbolik #penyelenggaraan #Tokyo #Tokyo Bay
;