PAP tewas di Punggol East
Astro Awani
Januari 27, 2013 08:43 MYT
Januari 27, 2013 08:43 MYT
Harapan Parti Tindakan Rakyat Singapura, PAP untuk mempertahankan kerusi Punggol East pada pilihan raya kecil kali ini berkecai selepas ia tewas teruk kepada pembangkang.
Keputusan akhir yang diterima menunjukkan, calon Parti Buruh, Lee Li Lian meraih 54 perpuluhan lima peratus undi berbanding calon PAP, Koh Poh Koon yang hanya memperoleh 43 perpuluhan tujuh undi.
Bagaimanapun, keputusan tersebut tidak mengubah imbasan kuasa di parlimen dimana ketika ini, PAP masih menguasai 80 daripada 87 kerusi di parlimen.
Penolakan dari kalangan pengundi muda dan kelas mengengah menghantar mesej jelas kepada PAP bahawa mereka tidak berpuas hati dengan tindakan parti pemerintah menangani isu imigrasi dan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Kalangan penganalisis sebelum ini meramalkan parti pemerintah Singapura itu akan menang pilihan raya kecil di Punggol East jika berlakunya persaingan tiga penjuru.
Kerusi Punggol East yang dimenangi PAP pada 2011, kosong selepas speaker parlimen meletak jawatan selepas mengaku terlibat dalam hubungan sulit.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam satu kenyataanya menghormati keputusan yang dibuat pengundi.
Beliau turut memberi jaminan, parti PAP akan terus meningkatkan taraf hidup rakyat Singapura dan akan menyampaikan prestasi partinya kepada pengundi untuk dinilai pada pilihan raya umum akan datang.