Pantai Queensland kecoh selepas jerung mengamuk serang lelaki

Kohilah Sekaran
Januari 3, 2016 12:47 MYT
Seorang lelaki dilapor mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki dipercayai akibat serangan jerung, hari ini di pantai timur Queensland, Australia.
SEORANG lelaki dilapor mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki dipercayai akibat serangan jerung di Rosslyn Bay yang terletak di pantai timur Queensland, Australia hari ini.
Mangsa yang berusia 30 tahun itu berada di perairan Rosslyn Bay ketika dia diserang ikan jerung, tengah hari ini.
Menurut laporan AFP, lelaki itu mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan tangannya dan telah menerima rawatan oleh pekerja ambulans di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital.
Difahamkan, mangsa sedang melakukan aktiviti snorkeling ketika diserang.

A 30 year old man has been attacked by a shark off Yeppoon. Qld Ambulance are treating the man for serious cuts to arms and legs @abcnews

— Louisa Rebgetz (@louisarebgetz) January 2, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian lengan dan kaki, "kata seorang jurucakap ambulans kepada AFP.
“Dia masih dirawat. Dia baru sahaja tiba di persisiran pantai dan akan dipindahkan ke Hospital Rockhampton (di Sydney) sebentar lagi," katanya.

30yom with reported shark bites off Rosslyn Bay # Yeppoon presently being treated on scene and to be transferred to Rockhampton Base Hosp.

— Queensland Ambulance (@QldAmbulance) January 2, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
AFP turut memetik laporan awal bahawa 14 serangan di New South Wales pada tahun 2015, berbanding tiga pada tahun 2014, menurut data yang dikumpul oleh Taronga Zoo di Sydney.
Di Queensland pula, terdapat empat serangan pada 2015, berbanding satu pada tahun 2014.
#Auatralia #jerung #Queensland #serangan
;