Pangsapuri runtuh: Seorang maut, usaha pencarian giat dilakukan

Astro Awani
Jun 24, 2021 20:14 MYT
Sebuah katil dilihat tergantung dari pangsapuri yang runtuh di Florida pada Khamis. - Foto AP/Wilfredo Lee
FLORIDA: Sekurang-kurangnya seorang maut selepas sebahagian blok pangsapuri 12 tingkat di bandar Surfside, utara pantai Miami, Florida runtuh awal pagi Khamis.
Menurut pihak berkuasa, pasukan peyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.
Bagaimanapuan, tidak jelas berapa orang yang tinggal di bangunan itu atau yang berada di dalam bangunan ketika kejadian.
Usaha pencarian turut menggunakan anjing pengesan.
Sebilangan penduduk sempat berjalan menuruni tangga dengan selamat sementara yang lain terpaksa diselamatkan dari balkoni mereka.
#runtuh #pangsapuri #maut #usaha pencarian #mangsa #Anjing pengesan