Pangsapuri empat tingkat runtuh di Marseille

Astro Awani
April 9, 2023 10:39 MYT
Sebuah bangunan pangsapuri empat tingkat runtuh di tengah-tengah bandar Marseille di Perancis awal pagi Ahad. -Reuters
PARIS: Sebuah bangunan pangsapuri empat tingkat runtuh di tengah-tengah bandar Marseille di Perancis awal pagi Ahad.
Menurut laporan media tempatan, tragedi di daerah La Plaine itu berlaku sejurus selepas tengah malam.
Datuk Bandar Marseille, Benoit Payan berkata satu kebakaran di tapak bangunan runtuh itu telah menghalang usaha mencari dan menyelamat.
Dilaporkan seramai 11 mangsa telah dipindahkan dari lokasi tragedi dengan sekurang-kurangnya lima dimasukkan ke hospital dan memerlukan rawatan kritikal.
Setakat ini tidak diketahui jumlah sebenar penghuni yang berada di dalam apartmen itu ketika kejadian.
Namun, pihak berkuasa percaya ada mangsa yang terkorban dan masih tertimbus di bawah runtuhan.
#bangunan runtuh #pangsapuri empat tingkat runtuh #Marseille #Benoit Payan