Panel kesihatan AS mahu vaksin J&J diguna semula

Astro Awani
April 23, 2021 23:03 MYT
Penangguhan penggunaan vaksin J&J itu menyusul ketika Amerika Syarikat sudah pun melakukan program vaksinasi hampir kepada 8 juta rakyatnya. - Foto REUTERS
Panel kesihatan Amerika Syarikat mahu penggunaan vaksin tunggal COVID-19 Johnson & Johnson dilakukan semula, walaupun terdapat risiko pembekuan darah yang sangat jarang berlaku.
Penangguhan penggunaan vaksin itu menyusul ketika Amerika Syarikat sudah pun melakukan program vaksinasi hampir kepada 8 juta rakyatnya.
Daripada jumlah itu, pegawai kesihatan menemui 15 kes pembekuan darah yang tiga daripadanya meninggal dunia.
Mereka yang meninggal dunia adalah wanita yang berusia sekurang-kurangnya 50 tahun.
Penasihat pusat pengendalian dan pencegahan penyakit juga senada dengan mengatakan bahawa manfaat vaksin itu melebihi risiko yang serius tetapi kecil berbanding virus COVID-19 yang menjangkiti puluhan ribu rakyat Amerika Syarikat setiap hari
Bagaimanapun kerajaan akan mempertimbangkan cadangan itu dalam menentukan langkah-langkah seterusnya.
#AS #meninggal dunia #wanita #COVID-19 #vaksin #J&J