Panas melampau ragut lima nyawa di Itali - Laporan
Bernama
Julai 15, 2024 19:14 MYT
Julai 15, 2024 19:14 MYT
MOSCOW: Jumlah korban akibat gelombang haba yang dibawa oleh antisiklon Charon, yang melanda Apennines minggu lepas telah mencecah lima orang, lapor Sputnik memetik akhbar Il Mattino.
Kebanyakan kematian berlaku di pantai wilayah Apulia, selatan Itali. Seorang lagi pengsan di jalan di luar Rome. Semua mangsa berusia lingkungan 68 hingga 80 tahun.
Kementerian Kesihatan mengumumkan tahap kecemasan cuaca tertinggi di 11 daripada 27 bandar terbesar pada hujung minggu. Haba melampau melebihi 100 F dijangka berterusan di seluruh Apennines sepanjang minggu ini, dengan Khamis dan Jumaat dijangka menjadi hari paling panas.
Pertubuhan Meteorologi Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan suhu global akan mencapai paras tertinggi dalam tempoh lima tahun akan datang, diperburukkan oleh gas rumah hijau dan perubahan arus laut dari peristiwa La Nina ke El Nino yang bermula musim panas lepas.
-- BERNAMA