Panas melampau ragut lebih 176,000 nyawa setiap tahun di Eropah - WHO

Bernama
Ogos 2, 2024 05:40 MYT
Kluge menggesa orang ramai untuk mengelakkan aktiviti berat semasa panas memuncak, memastikan rumah tetap sejuk, kekal terhidrat dan memeriksa individu yang rentan. - Foto Facebook Hans Henri Kluge
ISTANBUL: Panas melampau meragut nyawa lebih 176,000 orang di Eropah setiap tahun dengan rantau ini menyumbang satu pertiga daripada kematian global, kata Hans Henri P. Kluge, Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, lapor Agensi Anadolu.
"Secara global, kira-kira 489,000 kematian berkaitan suhu panas berlaku setiap tahun antara tahun 2000 dan 2019, dengan rantau Eropah menyumbang 36 peratus atau secara purata, 176,040 kematian setiap tahun," kata Kluge.
WHO Rantau Eropah dengan 53 negara anggota, memanas pada kadar dua kali ganda purata global, katanya dan menunjukkan bahawa tiga tahun terpanas dalam rekod di rantau ini semuanya berlaku sejak 2020, dan 10 tahun terpanas berlaku sejak 2007.
"Dalam tempoh 20 tahun yang lepas, terdapat peningkatan 30 peratus dalam kematian berkaitan suhu panas di rantau ini," kata Kluge sambil menekankan tekanan haba sebagai punca utama kematian berkaitan iklim, terutamanya yang memberi kesan kepada warga tua dan wanita hamil.
Kluge menggesa orang ramai untuk mengelakkan aktiviti berat semasa panas memuncak, memastikan rumah tetap sejuk, kekal terhidrat dan memeriksa individu yang rentan.
"Jaga diri anda dan orang lain, terutamanya warga tua yang menghabiskan banyak masa mereka sendirian," katanya.

WHO/EURO is the fastest-warming region. @hans_kluge has echoed the UN SG @antonioguterres Call to Action on extreme heat addressing: care for the vulnerable protecting workers resilience of societies limit rise to 1.5°C Read here: https://t.co/ZIDD3NE5X5 pic.twitter.com/KDGtmT9Iti

— WHO/Europe (@WHO_Europe) August 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#panas melampau #WHO untuk Eropah #Hans Kluge #kematian
;