Pameran minyak antarabangsa Iran berakhir, hampir 200 kontrak dimeterai

Bernama
Mei 21, 2023 02:30 MYT
Seorang warga Iran melihat peralatan minyak yang dipamerkan pada Pameran Minyak, Gas, Penapisan dan Petrokimia Antarabangsa Iran di Tehran, 17 Mei 2023. - REUTERS
TEHRAN: Pameran Minyak, Gas, Penapisan dan Petrokimia Antarabangsa Iran ke-27 berakhir pada Sabtu.
Lebih 1,500 firma domestik dan lebih 200 syarikat asing dari 13 negara mengambil bahagian dalam acara empat hari itu, lapor Xinhua.
Menteri Minyak Iran Javad Owji yang menyifatkan acara itu sebagai antara yang terbesar di rantau Timur Tengah, berkata hampir 200 kontrak telah ditandatangani semasa ekspo itu.
-- BERNAMA
#Pameran Minyak Gas Penapisan dan Petrokimia Antarabangsa #Iran #Javad Owji #kontrak