Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB

Astro Awani
Februari 10, 2025 08:15 MYT
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 48,181 penduduk terbunuh dalam serangan berterusan Israel di wilayah Palestin. - Foto AP
SATU-satunya penyelesaian kepada konflik Hamas dan Israel adalah dengan mewujudkan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam hantaran di X, ini bagi memastikan rakyat Palestin mampu hidup berdampingan denga aman dan selamat bersama Israel.
Beliau turut menggesa penolakan terhadap sebarang kemungkinan untuk kembali kepada situasi yang membawa lebih banyak kematian dan kemusnahan.
Justeru beliau menegaskan keperluan untuk melaksanakan gencatan senjata kekal di Gaza serta memastikan semua tawanan Israel dibebaskan dengan segera.

We must keep pushing for a permanent ceasefire in Gaza & the release of all hostages without delay. We cannot go back to more death & destruction. A viable, sovereign Palestinian State living side-by-side in peace & security with Israel is the only sustainable solution.

— António Guterres (@antonioguterres) February 8, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 48,181 penduduk terbunuh dalam serangan berterusan Israel di wilayah Palestin.
Manakala sejumlah 111,638 orang cedera dalam konflik berterusan sejak Oktober 2023.
#Gaza #Israel #Antonio Guterres #gencatan senjata
;