Palestin panggil pulang duta ke Austria

Bernama
Mei 17, 2018 10:03 MYT
Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin melakukan upacara perasmian Kedutaan baru AS diiringi Penasihat Kanan White House Ivanka Trump di Baitulmuqaddis, 14 Mei 2018. - REUTERS
Palestin telah memanggil pulang dutanya ke Austria, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Pejabat Wakil Palestin di Vienna.
Duta Salah Abdel Schafi akan meninggalkan Vienna pada Jumaat untuk satu tempoh yang belum ditentukan, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
"Penyertaan Duta Austria, Martin Weiss, dalam satu majlis menjelang pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis, memperlihatkan bahawa Austria bukan sekadar menentang syarat-syarat Kesatuan Eropah (EU) malah melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)."
BACA: Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel
BACA: Israel mengganas, puluhan warga Palestin maut dalam tunjuk perasaan
BACA: Trump rasmi Kedutaan AS guna sidang video
Keputusan itu diambil oleh Palestin selepas pembukaan Kedutaan AS yang kontroversi di Baitulmaqdis pada 14 Mei.
Tindakan AS itu mencetuskan pertempuran berdarah antara penduduk Palestin dan tentera Israel di Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat #AS #austria #Baitulmaqdis #duta #EU #Gaza #Israel #kedutaan #Martin Weiss #maut #Palestin #PBB #pulang #Salah Abdel Schafi #Vienna
;