Palestin kini lebih menguasai pertembungan dengan Israel - CEO IRIS Institute

Irfan Faruqi
Ogos 29, 2023 00:42 MYT
Syed Ahmad Israa berkata, keupayaan tempur Palestin telah bertambah baik dengan teknologi baharu dron yang dihasilkan sendiri. - Gambar fail/AP
KUALA LUMPUR: Pejuang kemerdekaan Palestin kini lebih menguasai medan pertembungan dengan Israel.
Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute dan perunding Aman Palestin, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata, keupayaan tempur Palestin telah bertambah baik dengan teknologi baharu dron yang dihasilkan sendiri.
“Di Amerika Syarikat, banyak penganalisis yang menyatakan bahawa kapasiti pejuang kemerdekaan Palestin sudah jauh lebih baik.
“Terkini yang saya baca, pejuang kemerdekaan Palestin berjaya dengan usaha melakukan eksperimen dan penambahbaikan ilmu, mencipta dron yang tidak boleh dihalang oleh teknologi iron dome milik Israel.
“Secara faktanya memang berlaku perbezaan yang besar dalam kemampuan pejuang kemerdekaan Palestin untuk menentukan pertarungan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute dan perunding Aman Palestin, Syed Ahmad Israa Syed Ibrahim berkata pejuang kemerdekaan Palestin kini lebih menguasai medan pertembungan dengan Israel. #AWANInews #AgendaAWANI pic.twitter.com/FBcsNhBah0

— Astro AWANI (@501Awani) August 29, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Syed Ahmad Israa’, sebelum ini pejuang kemerdekaan Palestin lebih bersifat responsif dalam menangkis serangan daripada rejim zionis. Sebaliknya, perkembangan terbaharu menunjukkan pihak Israel berada pada kedudukan defensif terhadap strategi tempur Palestin.
Tambahnya lagi, naratif penguasaan Palestin dalam usaha membebaskan al-Aqsa dan Palestin secara keseluruhan ditenggelamkan oleh penyebaran maklumat yang ditaja zionis.
Namun, berdasarkan kepada analisis, situasi di Palestin yang lebih kritikal menunjukkan sebaliknya.
#Israel #Palestin #rejim Zionis #kedudukan defensif
;