Palang Merah sedia beri bantuan kepada Gaza

Bernama
Oktober 10, 2023 09:51 MYT
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bersedia memberikan bantuan kesihatan kepada Israel dan Semenanjung Gaza apabila diperlukan. - Gambar fail/Reuters
GENEVA: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bersedia memberikan bantuan kesihatan kepada Israel dan Semenanjung Gaza apabila diperlukan, kata jurucakap ICRC Fatima Sator kepada Sputnik pada Selasa.
"Pada Sabtu (7 Oktober), kami dengan segera menghantar trak bantuan perubatan (usungan, katil dan beg mayat) ke hospital di Semenanjung Gaza dan sejak itu, kami telah menyampaikan bantuan tambahan.
"Kami bersedia memberikan bantuan kemanusiaan tambahan bergantung kepada keperluan kedua-dua pihak. Kami menyumbang 280 beg mayat dan 12 usungan kepada Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza," kata Sator.
-- BERNAMA
#perang Palestin Israel #Palang Merah #Gaza #ICRC