The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Astro Awani
Julai 3, 2022 05:45 MYT
Julai 3, 2022 05:45 MYT
HONG KONG: Muzium budaya The Palace di Hong Kong mula dibuka kepada umum pada Ahad.
Lebih daripada 900 koleksi dipamerkan di muzium ini, termasuk beberapa koleksi peribadi yang pertama kali dipamerkan buat pengunjung.
Pembukaan itu turut bersempena ulang tahun ke-25 wilayah pentadbiran khas Hong Kong kembali ke pangkuan Beijing pada 1 Julai.
Pameran itu bertujuan mempromosikan budaya penduduk Hong Kong serta perkongsian sejarah bersama tanah besar China.
Sebanyak 914 peninggalan sejarah berharga dari kota larangan Beijing turut dipamerkan sekali gus menjadikan ia sebagai pinjaman koleksi berskala paling. besar di luar tanah besar sejak muzium budaya kota larangan ditubuhkan pada 1925.
Pameran khas di muzium itu turut memaparkan 13 koleksi berharga yang dipinjam dari Louvre di Paris yang secara tidak langsung mencerminkan pertukaran budaya antara China bersama negara lain.
Tiket ke muzium terbabit bermula 50 ke 150 dolar Hong Kong.