Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
Bernama
Januari 15, 2025 07:45 MYT
Januari 15, 2025 07:45 MYT
ISLAMABAD: Perdana Menteri Shehbaz Sharif berkata Pakistan telah mengurangkan tarif elektrik untuk kenderaan elektrik (EV) dengan ketara sebagai langkah yang sesuai untuk menggalakkan penggunaan kenderaan tanpa pelepasan karbon dan mesra alam di negara itu, lapor Xinhua.
"EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim, kerana ia akan membantu mengurangkan pencemaran udara, bil import bahan api yang besar dan memelihara alam sekitar yang bersih," kata perdana menteri ketika mempengerusikan mesyuarat mengenai kenderaan elektrik pada Rabu.
Bercakap mengenai aspek komersial EV, Sharif berkata kerajaan sedang berusaha untuk melaksanakan dasar kenderaan elektrik bagi memudahkan pengeluar EV melancarkan kenderaan berasaskan caj subsidi di negara ini, sambil menambah bahawa pengurangan cukai baharu di bawah dasar EV dijangka akan mengurangkan kos perjalanan sehingga tiga kali ganda berbanding kenderaan yang dikuasakan oleh petrol dan diesel.
"Ia akan menggalakkan pelabur dan rakan kongsi industri untuk menarik lebih banyak pelaburan ke dalam sektor EV ... memandangkan negara ini menghadapi pencemaran udara dan perubahan iklim yang juga merupakan kebimbangan serius bagi dunia, promosi EV adalah penting," katanya.
-- BERNAMA