Pakistan tingkatkan kawalan keselamatan Imran Khan

Bernama
Mei 16, 2022 12:39 MYT
Kerajaan Pakistan mengeluarkan arahan supaya mempertingkatkan kawalan keselamatan bekas perdana menteri Imran Khan selepas beliau secara terbuka mendedahkan terdapat rancangan untuk membunuhnya. - Gambar fail/REUTERS
NEW DELHI: Kerajaan Pakistan mengeluarkan arahan supaya mempertingkatkan kawalan keselamatan bekas perdana menteri Imran Khan selepas beliau secara terbuka mendedahkan terdapat rancangan untuk membunuhnya.
Arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri Shehbaz Sharif kepada Menteri Dalam Negeri Rana Sanaullah Khan dan kerajaan tempatan, menurut pejabat perdana menteri pada Isnin.
Seorang ketua pegawai keselamatan juga ditugaskan menjaga keselamatan bekas perdana menteri itu.
Imran, digulingkan menerusi undian tidak percaya di parlimen pada April.
BACA: Imran Khan dakwa ada cubaan bunuh, rakam video dedahkan nama dalang
Pada perhimpunan besar-besaran di bandar Sialkot pada Sabtu beliau mendakwa ada konspirasi sedang dirancang di dalam dan luar negara untuk membunuhnya.
Imran mengulangi dakwaan itu pada satu lagi perhimpunan besar-besaran di bandar Faisalabad pada malam Ahad.
-- BERNAMA
#Imran Khan #Pakistan #kawalan keselamatan #bekas perdana menteri