Pakistan terima pinjaman baharu AS$1 bilion daripada UAE

Bernama
Januari 12, 2023 05:30 MYT
Shehbaz Sharif (kiri) mengadakan pertemuan dengan Sheikh Mohammed di Istana Al Shati di Abu Dhabi, UAE, 12 Jan 2023. (Foto AP)
NEW DELHI: Pakistan menerima pinjaman baharu AS$1 bilion daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika rizab pertukaran asingnya semakin berkurangan.
Selepas perundingan antara Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Presiden UAE Sheikh Mohammed Bin Zayed Al Nahyan di Abu Dhabi pada Khamis, UAE bersetuju menangguhkan pembayaran balik pinjaman AS$2 bilion sebaliknya memberi pinjaman tambahan AS$1 bilion kepada Pakistan, lapor Associated Press Pakistan.
Rizab mata wang asing bank pusat Pakistan merosot ke paras terendah dalam tempoh lapan tahun dengan kurang daripada AS$6 bilion, menyebabkan pengimport dalam sektor utama termasuk pembuatan menghadapi kesukaran mendapatkan surat kredit daripada bank.
Pakistan meminta bantuan daripada negara sahabat bagi menangani masalah pertukaran asingnya.
-- BERNAMA
#Pakistan #UAE #pinjaman baharu #Shehbaz Sharif
;