Pakistan tawan juruterbang pesawat pejuang India

Najib Aroff
Februari 27, 2019 19:01 MYT
Di media sosial, penduduk di kawasan berdekatan memuat naik video penangkapan juruterbang pesawat pejuang India. - Gambar fail
JURUTERBANG pesawat pejuang India, Abhi Nandan dilaporkan hilang selepas ia ditembak jatuh oleh jet pejuang Pakistan di kawasan sempadan Kashmir - India, kata jurucakap Menteri Luar India, Raveesh Kumar.
“Tentera Udara Pakistan didapati (cuba menyerang pangkalan tentera India) lalu tentera udara India bertindak balas. Dalam situasi itu, sebuah jet pejuang Pakistan ditembak jatuh oleh tentera India.
“Bagaimanapun kami kehilangan sebuah pesawat MiG 21. Juruterbang juga dilaporkan hilang. Pakistan mendakwa menahan juruterbang dan kami sedang mengesahkan fakta ini,” katanya.
Di media sosial, penduduk di kawasan berdekatan didakwa telah memuat naik video penangkapan juruterbang pesawat pejuang India berkenaan.

Wing commander Abhi Nandan, service number 27981, in Pakistan Army's custody. Make no mistake, when #PakistanStrikesBack, it would never be fake. #PakistanArmyZindabad pic.twitter.com/BPTRgPS93K

— Ali Salman Alvi (@alisalmanalvi) February 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

People of Bhimber in Azad Jammu and Kashmir shower rose petals on a convoy of the Pakistan Army as it took IAF Wing Commander Abhinandan into custody for processing and questioning pic.twitter.com/q8uG3dkCak

— omar r quraishi (@omar_quraishi) February 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Asif Ghafoor berkata Pakistan boleh menyerang pangkalan tentera India jika negara itu mahu, namun enggan meningkatkan ketegangan di kawasan pertikaian.
“Pakistan sentiasa menyampai mesej keamanan terhadap India. Jalan untuk keamanan ini adalah melalui dialog. Kedua-dua negara mempunyai kemampuan dan kapasiti (ketenteraan).
“Jika India faham, peperangan merupakan satu kegagalan dasar,” tambahnya.
Pakistan mendakwa tindakan negara itu menambak jatuh pesawat MiG-21 milik India bukanla satu bentuk serangan balas, sebaliknya hanya satu cara untuk menunjukkan kemampuan ketenteraan negara itu.
“Kami tidak mahukan perang. Jika kami mahukan perang, kami dengan mudah boleh menyasarkan pangkalan tentera India dan pastinya akan melibatkan jumlah kematian yang tinggi.
“Namun kami sasarkan kawasan terbuka, tiada penduduk dan tiada pos ketenteraan," katanya.
#India #juruterbang india ditahan #Ketegangan Pakistan India #konflik India Pakistan #MiG-21 #Pakistan #Perang India Pakistan #Perang nuklear #pesawat pejuang india ditembak #Say no to war
;