Pakistan lantik Perdana Menteri sementara

Bernama
Ogos 12, 2023 21:19 MYT
Pakistan melantik Anwarul Haq Kakar sebagai perdana menteri sementara dan memantau pilihan raya umum pada Sabtu. - Foto REUTERS/Senate of Pakistan
ISLAMABAD: Pakistan melantik Anwarul Haq Kakar sebagai perdana menteri sementara dan memantau pilihan raya umum pada Sabtu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
"Perdana Menteri Shehbaz Sharif dan ketua pembangkang Raja Riaz Ahmad telah memuktamadkan nama perdana menteri sementara di Majlis Kebangsaan," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat perdana menteri.
Kedua-dua pemimpin telah mengadakan beberapa mesyuarat untuk melantik individu berkecuali yang boleh mengemudi negara ke arah pilihan raya.
Pemilihan itu yang ditandatangani oleh kedua-dua pemimpin, telah dihantar kepada presiden untuk diluluskan.
Kakar berasal dari wilayah Balochistan, kini berkhidmat sebagai senator.
Presiden Arif Alvi membubarkan Parlimen ke-15 pada Khamis, menandakan berakhirnya penggal lima tahun pentadbiran.
Pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 90 hari selepas pembubaran Parlimen.
--BERNAMA-dpa
#Pakistan #perdana menteri sementara #Anwarul Haq Kakar #pilihan raya umum
;