Pakistan hentikan saluran berita televisyen Bol

Bernama
September 6, 2022 13:08 MYT
Pengawal selia media Pakistan telah menghentikan perkhidmatan saluran berita televisyen popular, Bol berhubung isu keselamatan.
NEW DELHI: Pengawal selia media Pakistan telah menghentikan perkhidmatan saluran berita televisyen popular berhubung isu keselamatan.
Pihak Berkuasa Kawalselia Media Elektronik Pakistan (PEMRA) dalam satu kenyataan media pada Isnin memaklumkan, pihaknya memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan saluran Bol News Group dan Bol Entertainment kerana tidak memiliki kebenaran keselamatan seperti yang diperlukan kementerian dalam negeri.
Ramai wartawan dan bekas Perdana Menteri, Imran Khan dari parti Tehreek-e-Insaf (PTI) mengkritik penutupan Bol yang disifatkan sebagai tindakan "penapisan" dan mengaitkannya dengan tindakan keras terhadap saluran ARY News baru-baru ini dan penyampai berita yang dilihat mengkritik kerajaan.
"Sekarang Bol telah digantung hanya kerana ia membuat liputan mengenai kami.
"Mesej yang cuba disampaikan kepada semua pengamal media adalah media arus perdana perlu hentikan liputan mengenai parti politik nasional terbesar dan paling popular," kata Imran. - BERNAMA
#Pakistan #stesen televisyen Bol #Imran Khan #Tehreek-E-Insaf
;