Pakistan ditadbir kerajaan sementara
Astro Awani
Mac 16, 2013 07:52 MYT
Mac 16, 2013 07:52 MYT
Pakistan akan ditadbir sebuah kerajaan sementara selepas pentadbiran kerajaan Perdana Menteri, Raja Pervaiz Ashraf genap lima tahun.
Menurut perlembagaan Pakistan, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
Bagaimanapun belum ada sebarang tarikh diumumkan.
Raja Pervaiz dalam ucapan selamat akhirnya, berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong pengukuhan demokrasi di negara berkenaan.
Kerajaan peralihan akan bertanggungjawab mentadbir negara berkenaan sehingga keputusan pilihan raya diumumkan.
Namun, belum ada nama yang diumumkan bagi mengetuai kerajaan peralihan itu.
Setakat ini, empat nama sedang dipertimbang termasuk dua bekas hakim mahkamah agung.
Parlimen Pakistan akan dibubarkan secara rasmi 12 tengah malam 17 pada Ahad.
Menteri Perundangan, Farooq Naek memberitahu, sekiranya tiada persetujuan dicapai, hal itu akan diserahkan kepada jawatankuasa parlimen.