Pakistan: Dadah bernilai AS$1.69 juta dirampas daripada budak 12 tahun
Bernama
Februari 3, 2023 18:56 MYT
Februari 3, 2023 18:56 MYT
ISLAMABAD: Pengawal pantai Pakistan merampas 26.2 kilogram (kg) dadah bernilai AS$1.69 juta daripada seorang budak lelaki berusia 12 tahun di wilayah Balochistan di Pakistan, menurut kenyataan pada Jumaat.
Dadah itu ditemukan semasa pengawal pantai di pos kawalan menjalankan pemeriksaan terhadap penumpang bas yang dalam perjalanan menuju ke bandar pelabuhan selatan Karachi, lapor Xinhua.
Budak lelaki berkenaan menyamar sebagai wanita dan menyembunyikan dadah berkenaan dalam jaketnya, kata pengawal pantai sambil menambah siasatan lanjut sedang dijalankan. - BERNAMA